Nor Shamsiah Kekal Timbalan Gabenor BNM

. Rabu, 01 Januari 2014

KUALA LUMPUR – Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus kekal sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh tiga tahun lagi.

BNM dalam satu kenyataan media memberitahu, pelantikan semula itu berkuatkuasa dari 16 November 2013.

“BNM ingin mengumumkan pelantikan semula Nor Shamsiah sebagai Timbalan Gabenor BNM untuk tempoh tiga tahun bermula dari 16 November 2013.

“Datuk Nor Shamsiah telah memegang jawatan Timbalan Gabenor BNM sejak 16 November 2010,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Nor Shamsiah akan terus bertanggungjawab terhadap penyeliaan perbankan insurans dan takaful, perisikan kewangan dan penguatkuasaan.

Beliau turut bertanggungjawab dalam aspek pengurusan tenaga mahir, kewangan dan perkhidmatan sokongan serta Pejabat-pejabat Wilayah dan BNMLINK.

0 komentar: